Jumaat, 10 Ogos 2012

SISTEM PENTADBIRAN

Bincangkan ciri-ciri pentadbiran pusat dan wilayah di India dengan merujuk pada zaman empayart Maurya.

1. Pengenalan (3 markah)
Latar belakang Empayar Maurya
-Empayar Maurya diasaskan oleh Chandragupta Maurya pada tahun 321SM -297SM . Nama empayar ini diambil daripada perkataan ‘ Moriyus’ iaitu satu suku yang terdapat di Utara India. Pemerintahan Empayar Maurya diteruskan oleh anaknya iaitu Bindusara dari tahun 297SM - 272SM, kemudian diikuti oleh Asoka dari tahun 273 -323 SM yang dianggap sebagai zaman keagungan dan kegemilangan Dinasti Maurya. Terdapat 10 orang Maharaja yang menjadi pemerintah dalam Dinasti Maurya dan yang terakhir ialah Maharaja Brhadratha.

B. Isi (7 isi X 3 markah)

Ciri-ciri pentadbiran pusat dan wilayah di India
1. Pentadbiran pusat diketuai oleh Maharaja.
- bertindak sebagai ketua dalam bidang eksekutif, kehakiman dan ketenteraan.
- Raja dianggap suci, dan menikmati banyak hak keistimewaan dan gelaran-gelaran khas seperti ‘Devaraja’.

2. Raja dibantu oleh menteri-menteri dalam sebuahMajlis Menteri (council)
- Tugas utama menteri ialah memberi nasihat kepada raja berhubung dengan hal ehwal penting dalam Negara.
- Menteri-menteri biasanya dilantik oleh raja berdasarkan kelayakan dan kebolehan mereka, dan tidak berdasarkan pengaruh dan latar belakang keluarga mereka.
- Bilangan anggota menteri berubah mengikut keadaan iaitu 3 hingga 12 orang.
- Contoh: Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Menteri Peperangan dan Menteri Pendamaian.

3. Pembentukan ‘Menteri Parishad’ yang terdiri daripada dua buah Majlis iaitu ‘Majlis Negeri’ dan ‘Majlis Eksekutif’.
- Berfungsi sebagai membantu raja dalam kerja-kerja pentadbiran.
- Raja biasanya mendapatkan pandangan dari ‘Majlis Negeri’ sebelum sesuatu keputusan dilakukan.

4. Mewujudkan sistem birokrasi yang diketuai oleh beberapa orang pegawai tinggi kerajaan.
- Fungsi sistem birokrasi membantu kerja-kerja pentadbiran yang diketuai oleh menterimenteri.
- Contoh: Ketua paderi, ketua komander, ketua hakim dan ketua bendahari.

5. Mewujudkan jabatan-jabatan peringkat rendah yang terdiri daripada penguasa jabatan kerajaan dan kakitangan sokongan iaitu terdapat 28 jabatan.
- Setiap jabatan diketuai oleh seorang penguasa dan penguasa-penguasa tersebut akan diawasi oleh Komisioner.
- Contoh jabatan rendah: Jabatan perlombongan , Jabatan akaun, Jabatan emas, Jabatan gudang, Jabatan pertanian.

6. Mewujudkan jawatan pengintip atau ejen rahsia yang berkhidmat untuk raja dan pegawai penting.
- Pengintip dibahagikan kepada beberapa kelas dan mempunyai fungsi atau tugas yang berlainan.
- Pengintip –pengintip diwujudkan untuk mengawasi tindak tanduk pegawai tinggi, seperti menteri-menteri, putera mahkota dan sebagainya.

7. Pentadbiran wilayah dibahagikan kepada peringkat daerah, dan kampung.
- Peringkat daerah diketuai oleh ‘Sthanika’ dan di peringkat kampung diketuai oleh ketua kampung yang dilantik oleh raja atau dipilih oleh penduduk kampung.
- Diperingkat kampung juga dilantik juru akaun atau ‘Gopa’ yang bertanggungjawab menyimpan akaun dan akan dipantau oleh ‘Sthanika’.
- Ketua kampung biasanya dibantu oleh ‘assembly’ yang terdiri daripada beberapa penduduk kampung.

8. Mewujudkan pentadbiran di peringkat bandar-bandar yang dibahagikan kepada unit pentadbiran kecil, yang dikenali sebagai ‘wad’ yang dianggotai oleh beberapa keluarga .
- Setiap bandar diketuai oleh ‘Nagaraka’ atau penguasa bandar dan diperingkat ‘wad’ terdapat pegawai-pegawai kecil dilantik.

C. Kesimpulan:
Pentadbiran pusat dan wilayah di India yang sistematik telah banyak membantu perkembangan tamadun India terutama dari segi perluasan empayar.
Kedua-dua pentadbiran ini juga telah menjadikan Empayar Maurya sebagai empayar yang kuat pada zaman kegemilangan mereka.