Bincangkan sumbangan Revolusi Pertanian yang berlaku pada zaman Neolitik kepada perkembangan tamadun manusia.
PENDAHULUAN [ 3m]
1. Zaman Neolitik
Kebudayaan Neolitik merupakan tahap terakhir zaman pra-sejarah dan la dianggarkan bermula sekitar 7000 SM. Menyaksikan perkembangan kegiatan pertanian dan menternak binatang yang dikenali revolusi pertanian. Buat pertama kalinya manusia tidak bergantung sepenuhnya kepada persekitarannya tetapi, sebaliknya, berjaya menguasai persekitaran fizikal untuk memenuhi keperluan ekonomi mereka. Berbanding dengan zaman Paleolitik, manusia mengubah corak masyarakatnya.
2. Revolusi pertanian telah menjadi kehidupan manusia bertambah kompleks yang memberikan suatu asas yang kukuh untuk kemunculan masyarakat bandar yang bertamadun.
ISI JAWAPAN [ 7 isi x 3 markah = 21 markah ]
Sumbangan revolusi pertanian.
1. Konsep Revolusi Pertanian
Revolusi Pertanian ialah keupayaan manusia mengawal bekalan makanan dan menawarkan secara berterusan, penggunaan alat-alat yang khusus untuk pertanian yang lebih baik dan pemilihan jenis tanaman dan ternakan yang sesuai. Kelahiran revolusi pertanian telah memberikan kesan yang besar kepada kehidupan manusia pada zaman Neolitik dan menjadi penyambung kepada permulaan tamadun. Revolusi pertanian telah menjadi kehidupan manusia bertambah kompleks yang memberikan suatu asas yang kukuh untuk kemunculan masyarakat bandar yang bertamadun.
2. Petempatan kekal
Perubahan corak petempatan masyarakat tidak lagi berpindah-randah untuk memburu binatang dan mengutip makanan. Mereka hidup menetap dengan menjalankan aktiviti penanaman dan menternak binatang menjadi bertambah penting untuk menampung kehidupannya. Ini mungkin ada hubungannya dengan tamatnya zaman air batu apabila binatang-binatang yang biasanya diburu lenyap dengan pengunduran lapisan-lapisan air batu. Iklim yang lebih panas serta kemunculan berbagai tumbuh-tumbuhan membolehkan manusia mengubahsuaikan ekonomi memburu kepada ekonomi pertanian. Didapati perkembangan petempatan-petempatan kekal dengan wujudnya perkampungan di kawasan yang tanahnya subur dan berhampiran air untuk kegiatan pertanian.
3. Perubahan ekonomi
Perkembangan kegiatan ekonomi. Perubahan orientasi ekonomi daripada sara diri kepada komersial. Mereka menyimpan lebihan hasil untuk meningkatkan pengeluaran dan produktiviti.
4. Pertambahan penduduk.
Pertambahan penduduk memang mendorong masyarakat Neolitik untuk meneroka kawasan-kawasan baru yang tanahnya yang subur untuk pertanian. Ahli kaji purba telah membuktikan kebudayaan Neolitik yang tersebar meluas. Tapak-tapak Neolitik telah ditemui di Yunani, Turki, Iran, Syria, Turkestan, Mesir, dan Eropah. Walaupun tapak-tapak itu menunjukkan corak kehidupan yang berbeza-beza tetapi pada asasnya memperoleh ciri-ciri utama yang sama seperti pertanian, menternak binatang, penggunaan tembikar, membuat rumah dan kemahiran menenun.
5. Peralatan dan teknologi
Peralatan yang dihasilkan lebih maju . Kebanyakan alat walaupun dibuat daripada batu adalah lebih halus dan juga diubahsuaikan dengan keperluan pertanian. Menunjukkan manusia Neolitik adalah lebih inovatif dan kreatif. Terdapat tenggala dicipta untuk memudahkan pertanian dan roda untuk mengangkut hasil pertanian. Terusan dan tali air juga dibina untuk mengairi kawasan-kawasan pertanian. Perkembangan ini telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam bidang pertanian , perdagangan dan pengangkutan.
6. Wujudnya pengkhususan pekerjaan
Wujud pengkhususan kerja seperti golongan wanita yang bekerja di tanah pertanian dan lelaki yang terlibat dalam kegiatan memburu serta golongan agama berpunca daripada kepercayaan kuasa semula jadi yang menentukan hasil pertanian dan kebajikan masyarakatnya yang membuat alat-alat baru. Masyarakat mula menjalankan pelbagai jenis kegiatan ekonomi seperti perdagangan , perttanian , pertukangan dan pembuatan. Terdapat juga anggota yang berkhidmat sebagai askar yang mempertahankan negara. Pengkhususan kerja melahirkan kestabilan politik dan kemakmuran ekonmi.
7. Agama dan Kepercayaan
Adanya sistem agama dan kepercayaan. Agama berpunca daripada kepercayaan kuasa semula jadi dan dewa dewi yang menentukan hasil pertanian yang berlipat ganda dan dapat mencegah daripada berlakunya mala petaka dan memelihara kebajikan masyarakatnya.
8. Kesenian
Pemikiran secara konseptual dapat dilihatkan dalam ciptaan seninya yang menandakan suatu gejala baru. Seni Paleolitik ialah realisme yang diilhamkan oleh objek-objek yang ia nampak. Seni Neolitik adalah bersifat simbolisme seperti ditunjukkan dalam tembikar-tembikar yang permukaannya dihias dengan pola-pola geometrik dan simbolik. Pemikiran konseptual mungkin merangkumi nilai-nilai agama yang berkaitan dengan dewa-dewi untuk menjamin hasil pertanian dapat berlipat ganda.
9. Wujudnya Organisasi sosial
Pertambahan penduduk dan perkembangan ekonomi telah melahirkan masyarakat yang kompleks. Maka lahirlah susun lapis masyarakat yang berbentuk piramid. Lapisan paling atas terdiri daripada golongan bangsawan yang diketuai oleh raja. Lapisan kedua ialah golongan pembesar yang terdiri daripada golongan
pendeta ,pentadbir dan golongan cendikiawan. Lapisan ketiga ialah golongan rakyat biasa dan lapisan yang terakhir ialah golongan hamba. Kemunculan pelbagai lapisan masyarakat menyebabkan lahir golongan pemerintah dan golongan yang diperintah
KESIMPULAN [ 2 markah ]
Adalah jelas bahawa Revolusi Pertanian telah mengubah corak kehidupan dan masyarakat Neolitik dalam memberi sumbangan yang besar kepada kemunculan tamadun-tamadun seperti China, India, Mesir dan Sumeria yang menyaksikan permulaan proses perbandaran dalam sejarah tamadun manusia