PENGILHAKAN DI INDIA DAN INDOCHINA
Pengenalan:
1. Menjelang abad ke 20 hampir seluruh India berada di bawah kekuasaan British.
2. Tujuan utama Britsh meluaskan kuasa di India adalah untuk kepentingan perdagangan.
3. Syarikat Hindia Timur meluaskan pengaruhnya ke atas wilayah-wilayah di India dengan menggunakan kaedah pengilhakan.
4. Kerajaan Laos pada awal kurun ke 19 terdiri daripada negeri-negeri seperti Luang Prabang, Vientiana, Champassah, Chien Kuang, Sip Song panna dan Sip Tha.
5. Perancis telah menakluki Delta Mekong, Vietnam dan Kemboja.
6. Mereka hanya akan berkuasa dengan berkesan jika semua kawasan ke timur Sungai Mekong dikuasai. Mula mengalihkan perhatian Laos.
Pengilhakan British di India
1. Lord William Bentick mengilhakan wilayah-wilayah seperti Cachar, Coorg dan Mysore:
a. Raja Chacar mangkat tanpa waris atas permintaan penduduknya Lord William Bentick mengilhakan wilayah itu pada tahun 1830.
b. Coorg telah diilhakan atas sebab-sebab penyelewengan dalam pemerintahan rajanya yang zalim. Mewujudkan pentadbiran yang tidak stabil.
c. Mysore juga diilhakan atas sebab-sebab penyelewengan dalam pemerintahan.
2. Pengilhakan di bawah Lord Ellenborough
a. Perjanjian diadakan antara British dengan Sind bagi membenarkan saudagar menggunakan sunga-sungai dan jalanraya.
b. Beliau ingin merampas wilayah Sind dengan membuat beberapa tuduhan terhadap amir-amir Sind. Mereka dipaksa menyerahkan sebahagian besar wilayah Sind kepada British. Hanya mata wang British diakui sebagai sah.
c. Para amir menjadi marah dan menyerang Residensi British. Amir dapat ditewaskan dalam pertempuran di Miami dan Dabo. Sind dirampas dan diletakkan di bawah empayar British.
3. Pengilhakan di bawah Lord Dalhousie
a. Melanjutkan doktrin kebaikan untuk diperintah ke atas wilayah-wilayah yang dibelenggu pelbagai masalah penyelewengan pemerintahan/ salah tadbir tempatan.
b. Beliau mengisytiharkan perang terhadap kaum Sikh dan mengalahkan mereka di pertempuran Gujerat. British telah mengilhakan / mencantumkan Punjab ke dalam penguasaan British.
c. Beliau juga telah menggunakan doctrine of lapse atau Undang-undang Lesap Waris yang sah, wilayahnya akan diambil alih oleh British.
d. Beliau enggan mengiktiraf hak seseorang pemerintah untuk melantik seorang waris yang bukan keturunannya sendiri.
e. Doktrin ini digunakan ke atas negeri-negeri merdeka/negeri-negeri yang dibentuk oleh SHT dan bukan ke atas negeri-negeri naungan.
f. Negeri-negeri yang diilhakan menggunakan doktrin ini ialah Sarata (1848), Jaipur dan Sambalpur (1849), Baghat (1850), Udaipur (1853), Jhansi (1854), Karnatik (1853) dan Tajnore (1855).
g. Melalui cara-cara penyelewengan pemerintahan dan doktrin kebaikan untuk diperintah, pemerintah Oudh, mengabaikan pentadbiran dan berlaku kekecohan atau keadaan huru hara serta amalan rasuah.
h. Perjanjian dibuat di anatra Briish dengan pemerintah Nawab, Nawab dibenarkan mengekalkan gelaran serta dibayar pencen 15 000.00 rupee. Apabila Nawab enggan menandatangani perjanjian tersebut, Oudh dilhakan.
Pengilhakan Perancis di Vietnam:
a. Maharaja Gia Long mengadakan hubungan baik dengan Perancis – bertolak ansur dengan agama Kristian walaupun fahaman Confucianisme bertapak kukuh di Vietnam. Pelantikan Bishop Pigneau sebagai menteri besar mengeratkan hubungan dengan Perancis.b. Minh Mang tidak meneruskan dasar ayahandanya. Baginda berpegang teguh kepada ajaran Confucianisme dan menjalankan dasar tutup pintu.
c. 1825 – mengeluarkan undang-undang melarang kemasukan mubaligh-mubaligh Kristian kerana agama Kristian dianggap merosakkan kebudayaan Vietnam.
d. Baginda melakukan kekejaman terhadap orang Kristian, membinasakan gereja-gereja dan melucutkan jawatan pegawai-pegawai Perancis.
e. Pada masa pemerintahan Thien Tri, baginda meneruskan dasar ayahanda dan menggiatkan lagi penganiayaan terhadap penganut Kristian. Dasar pemencilan juga diteruskan.
f. Permusuhan perancis-Vietnam memuncak pada masa pemerintahan Tu Duc, kegiatan anti-Kristian semakin meluas dan pembunuhan mubaligh-mubaligh bertambah. Contohnya, pembunuhan paderi Augustian Ascheffler dan Paderi Jean-Louis Bonnard antara tahun 1851-1852.
g. Perancis memerlukan Vietnam sebagai pangkalan perdagangan di timur.
h. Dengan alasan pembunuhan Bishop Diaz, paderi Sepanyol pada 1 September 1858, de Ganouilly menyerang Tourane.
i. Kemudian beliau menyerang Saigon, iaitu kawasan penanaman padi utama dan pusat pengumpula padi Vienam pada 17 Februari 1859. Seluruh Vietnam jatuh ke tangan Perancis.
Pengilhakan Perancis di Kemboja
a. Kemboja memelihara kemerdekaannya dengan membayar ufti kepada Vietnam dan Siam.b. 1863- Laksamana la grandiere memaksa raja Norodom menghentikan pembayaran ufti kepada Vietnam dan Thailand.
c. Thailand membantah – Kemboja ialah negeri naungan Thailand.
d. Satu perjanjian dibuat antara Thailand – Perancis 1867, Thailand menarik balik semua tuntutannya ke atas Kemboja sementara Perancis mengakui kedaulatan Siam ke atas Battambang dan Siemreap. Kemboja kini menjadi negeri naungan Perancis.
Pengilhakan Perancis Tongking
a. Tujuan utama Perancis menakluki Tongking adalah untuk meluaskan pengaruh perdagangannya.b. Perancis juga bimbang persaingan kuasa-kuasa Barat lain seperti Jerman, Itali dan Amerika Syarikat.
c. Perluasan kuasa lebih agresif oleh Perancis pada 1880an. Pada 1882, kapten Henri Riviere menyerang dan merampas Hanoi dan Tongking pula pada tahun 1883.
d. Maharaja Hiep Hoa menandatangani perjanjian dengan Perancis ( Ogos 1883).
e. Melalui perjanjian tersebut, menjelang 1884 Perancis telah menguasai seluruh Vietnam. Tongking pula dipisahkan dari Vietnam dan diletakkan di bawah kuasa langsung Perancis.
Pengilhakan Perancis Laos
a. Perancis membantah langkah Laos menghantar ufti kepada Thailand.b. Laos seharusnya menghantar ufti kepada Perancis kerana Laos pernah menghantar ufti kepada Vietnam yang kini merupakan naungan Perancis.
c. 1886 – Perancis menuntut hak Vietnam ke atas seluruh kawasan sebelah timur Sungai Mekong termasuk Luang Prabang, Laos membantah menyebabkan seorang naib Konsular dilantik di Luang Prabang bagi membantu raja Luang Prabang.
d. Berlaku konflik di antara Perancis- Thailang. Siam campur tangan dalam hal ehwal negeri-negeri Laos itu di Sip Song Chu Tai dengan membantu pemberontak Cina yang melarikan diri ke wilayah itu.
e. Perancis terus menekan Laos. Tindakan Thailand tidak patuh kepada tuntutan Perancis supaya tidak campur tangan di Laos menyebabkan Perancis gunakan kekerasan.
f. Berlaku peristiwa Paknam 1893. Tentera Perancis telah mengadakan tentera Thailand menyebabkan Chulalongkorn melepaskan kekuasaannya ke atas Laos. Akhirnya Laos dijadikan negeri naungan Perancis.
Kesimpulan:
1. Pengilhakan di India merupakan proses untuk menguasai seluruh India oleh pihak British.
2. Pengilhakan di Vietnam, Kemboja, Tongking dan Laos pula merupakan proses untuk menguasai seluruh Indo China oleh Perancis.
3. Barat meminati Asia kerana kepentingan ekonomi walau pun sebab-sebab lain seperti politik dan agama juga penting.Bagi mencapai matlamat tersebut, kuasa-kuasa Barat telah campur tangan dalam hal ehwal Negara-negara Asia, khususnya di India dan Indo China melalui tiga cara utama iaitu perjanjian ,peperangan dan pengilhakan.