Sabtu, 9 Jun 2012

SISTEM SOSIAL MASYARAKAT MELAYU

HURAIKAN STRUKTUR SOSIAL MASYARAKAT MELAYU DI TANAH MELAYU SEBELUM CAMPUR TANGAN BRITISH PADA TAHUN 1874.
 Pengenalan :

-Sebelum tahun 1874, struktur masyarakat Mealayu adalah bercorak feudal. Secara umumnya, masyarakat Melayu dapat dibahagikan kepada dua golongan iaitu golongan pemerintah dan golongan yang diperintah.

-Golongan pemerintah merupakan kumpulan yang kecil tetapi mempunyai pengaruh dan kuasa dalam masyarakat Melayu tradisional.Golongan pemerintah terdiri daripada sultan atau raja,kerabat diraja, pembesar dan ulama.

-Manakala, golongan yang diperintah mempunyai jumlah yang sangat ramai dalam kalangan masyarakat Melayu.Golongan ini terdiri daripada rakyat biasa yang merdeka dan golongan hamba.

-Setiap golongan dalam masyarakat Melayu mempunyai peranan masing-masing.

 Isi: (10m gol pemerintah 10 m gol diperintah)

1. Sultan atau raja.

-Sultan merupakan pemerintah tertinggi di setiap negeri.Sultan akan menjadi ketua kerajaan dan ketua pemerintah serta mempunyai kedudukan yang istimewa dalam masyarakat .

-Sultan turut mempunyai kuasa dalam bidang ekonomi dan sistem kehakiman negeri.

-Seorang sultan turut mempunyai banyak keistimewaan berbanding dengan rakyat biasa.

-Misalnya,penggunaan bahasa dalam atau istana, penggunaan warna kuning dan alat- alat

kebesaran diraja.Sultan juga juga dikaitkan dengan kuasa daulat.Rakyat yang menderhaka

terhadap sultan akan terkena tulah.

-Upacara pertabalan sultan akan dilaksanakan untuk mengesahkan kekuasaan seorang sultan tersebut.Sultan yang mangkat akan digantikan oleh putera sulung atau adik lelaki sulung.

-Sultan juga menjadi lambang perpaduan dan keamanan negeri Melayu.

2.Pembesar

Kerabat diraja.

-Golongan ini mempunyai pertalian darah dengan sultan dan lazimnya menggunakan gelaran raja atau tengku.

-Golongan tersebut mempunyai kedudukan dan pengaruh yang besar dalam masyarakat

Melayu.Mereka turut memiliki keistimewaan seperti mana Sultan tetapi tidak boleh mengatasi keistimewaan Sultan. Mereka sangat dihormati oleh rakyat jelata.

-Anak-anak raja akan diberikan peluang untuk menjawat jawatan penting dalam kerajaan,

misalnya akan memerintah daerah atau mukim tertentu.

-Bilangan kerabat diraja sangat ramai kerana amalan berpoligami oleh sultan.

-Walau bagaimanapun, anak daripada permaisuri pertama akan mendapat tempat yang istimewa, terutama dalam pelantikan sebagai putera mahkota atau raja muda.

-Golongan pembesar mempunyai kedudukan yang ketiga dalam struktur masyarakat Melayu sebelum tahun 1874 di Tanah Melayu.Golongan ini dikenali sebagai keturunan baik-baik atau anak baik-baik.

-Golongan pembesar terdiri daripada dua kumpulan iaitu kerabat diraja dan kerabat bukan diraja Golongan bukan kerabat diraja mendapat jawatan pembesar kerana mempunyai kebolehan mentadbir dan mempunyai jasa terhadap kerajaan.

-Golongan pembesar mempunyai tugas menjaga keamanan dan memungut cukai di kwasan atau daerah masing-masing.

-Pembesar juga mempunyai kuasa dalam bidang kehakiman seperti menjatuhkan hukuman terhadap pesalah jenayah dan sivil.

-Pembesar juga bertanggung jawab untuk mengekalkan taat setia rakyat terhadap Sultan dengan cara melaksanakan sistem serah dan kerah.

-Selain itu,terdapat juga golongan pembesar yang bertugas di luar istana,iaitu penghulu dan ulama.

-Penghulu mempunyai tugas menjaga keamanan ,membekalkan tenaga buruh,mengutip cukai dan memastikan rakyat taat setia terhadap Sultan.

-Ulama merupakan golongan cerdik ;pandai dalam bidang agama Islam .

-Golongan ini akan memegang jawatan seperti kadi,mufti ,imam, khatib mahupun guru agama

-Golongan ini akan bertindak sebagai penasihat kepada Sultan berkaitan dengan hukum-hakam agama Islam.

-Para ulama biasanya berketurunan Arab berasal dari Asia Barat ,India dan Pulau Jawa.

-Mereka menggunakan gelaran seperti maulana

3. Golongan merdeheka.

-Golongan ini terdiri daripda rakyat biasa dan orang asing.

-Rakyat biasa merupakan penduduk peribumi yang bermastautin tetap di negeri tertentu .

-Rakyat biasa hidup bebas menjalankan kegiatan ekonomi masing-masing seperti

berniaga, menangkap ikan ,melombong ,tukang mahir dan sebagainya.

-Rakyat biasa merupakan pengikut taat setia terhadap pembesar yang mentadbir daerah.

-Mereka akan sentiasa mengikut arahan golongan pembesar.

-Mereka akan menjalankan semua suruhan pembesar,misalnya dalam sistem kerah dan serah.

-Rakyat Asing.Golongan ini hanya tinggal sementara di Tanah Melayu dan akan kembali ke negeri asal mereka.

-Golongan ini terdiri daripada pedagang,perantau,mubaligh dan senteri serta orang asing yang datang ke Tanah Melayu sebagai tentera upahan.

-Orang asing yang berkahwin dengan orang tempatan biasanya akan terus menetap di Tanah Melayu.

-Masyarakat Tamil-Islam merupakan kumpulan orang asing yang paling ramai di Tanah

Melayu. Golongan orang asing tidak wajib mematuhi tradisi dan kebudayaan tempatan Melayu tetapi mereka mestilah mematuhi undang-undang masyarakat Melayu.

4. Hamba

-Golongan yang menduduki lapisan paling bawah dalam struktur masyarakat Melayu sebelum tahun 1874 ialah hamba.

-Hamba dalam masyarakat Melayu dapat dibahgaikan kepada tiga kumpulan ,iaitu hamba

biasa,hamba berhutang dan hamba raja.

-Golongan hamba biasa merupakan golongan orang suruhan atau keturunan hamba. Golongan ini biasanya akan dijual beli dan menjadi hamba seumur hidup.Seluruh keluarganya akan menjadi hamba kepada tuannya.

-Manakala hamba berhutang merupakan orang biasa yang menjadi hamba kerana gagal

membayar hutang.-amba berhutang akan bebas setelah nilai hutang tersebut habis setelah bekerja dengan tuannya.Antara kerja yang biasa dilakukan ialah bertani dan melombong.

-Selain itu ,hamba raja merupakan golongan merdeka yang telah melakukan kesalahan jenayah dan diampunkan oleh sultan.Hamba raja juga terdiri daripada tawanan perang .

-Hamba raja mempunyai kedudukan paling tinggi dalam kalangan semua hamba.

Kesimpulan:

-Struktur masyarakat Melayu sebelum tahun 1874 sememangnya sistematik;daripada golongan memerintah sehinggalah kepada golongan yang diperintah.

-Setiap golongan dalam struktur masyarakat Melayu mempunyai tugas dan peranan masingmasing.

-Namun,setelah campur tangan British dalm sistem politik negeri-negeri Melayu,struktur
masyarakat Melayu telah mengalami perubahan yang ketara.