Sabtu, 11 Februari 2012

Sukatan Baharu Sejarah STPM

Kandungan Sukatan Sukatan pelajaran Sejarah terdiri daripada empat kertas, iaitu Kertas 1: Sejarah Dunia (1500-1955), Kertas 2: Sejarah Islam (500-1918), Kertas 3: Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000), Kertas 4: Kerja Kursus (calon sekolah kerajaan, calon sekolah swasta, dan calon persendirian individu).

Kertas 1: Sejarah Dunia (1500-1955) - Kertas ini memberi tumpuan kepada sejarah Asia, Eropah, dan Amerika Syarikat dari tahun 1500 hingga tahun 1955.
Kertas ini mengandungi empat tema, iaitu:
  • Masyarakat,
  • Pemerintahan dan Pentadbiran,
  • Kemajuan dan Pembangunan,
  • Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa.
Kertas 2: Sejarah Islam (500-1918) - Kertas ini memberi tumpuan kepada sejarah Islam dari tahun 500 hingga tahun 1918. Kertas ini mengandungi tiga tema, iaitu:
  • Masyarakat, Pemerintahan, Pentadbiran, Pertahanan, dan Perhubungan Luar,
  • Pembangunan dan Penerokaan,
  • Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa.
Kertas 3: Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000) - Kertas ini memberi tumpuan kepada perkembangan Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara dari tahun 1800 hingga tahun 2000. Kertas ini mengandungi empat tema, iaitu:
  • Masyarakat Tempatan,
  • Transformasi Masyarakat,
  • Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa,
  • Pengisian Kemerdekaan.
Kertas 4: Kerja Projek (Calon sekolah kerajaan, calon sekolah swasta, dan calon persendirian individu) - Kertas ini memberi tumpuan kepada struktur ilmu sejarah, penyediaan cadangan penyelidikan, inkuiri, penyelidikan, dan penulisan serta pembentangan hasil penyelidikan.

Pengajian dan Pentaksiran bagi kohort pertama 2012/2013
  1. Kertas 1:
    • Pengajian - Penggal 1 (Jun hingga November 2012)
    • Pentaksiran:
      • Berpusat
      • Masa 2 jam,
      • jawab 4 daripada 6 soalan dalam bentuk esei
      • Markah setiap soalan - 20
      • Markah penuh 80
      • wajaran kertas 26.67%
  2. Kertas 2:
    • Pengajian - Penggal 2 (Jan. hingga Mei 2013)
    • Pentaksiran:
      • Berpusat
      • Masa 1 1/2 jam,
      • jawab 3 daripada 6 soalan dalam bentuk esei
      • Markah setiap soalan - 20
      • Markah penuh 60
      • wajaran kertas 26.67%
  3. Kertas 3:
    • Pengajian - Penggal 3 (Jun hingga November 2013)
    • Pentaksiran:
      • Berpusat
      • Masa 2 jam
      • 2 bahagian iaitu bahagian A - Sejarah Malaysia dan bahagian B - Sejarah Asia Tenggara
      • Jawab 4 daripada 6 soalan - bahagian A, jawab 2 daripada 3 soalan dan bahagian B, jawab 2 daripada 3 soalan.
      • Markah penuh setiap soalan - 20
      • Markah Penuh - 80
      • Wajaran kertas 26.67%
  4. Kertas 4 (Kertas projek Sejarah):
    • Dilaksanakan sepanjang penggal 2 (jan - Mei 2013)
    • Pentaksiran dijalankan oleh guru mata pelajaran (PBS - pentaksiran berasaskan sekolah)
    • Markah penuh - 55
    • Wajaran kertas 20%
    • Tugasan berdasarkan tema yang ditetapkan oleh MPM