Rabu, 8 Februari 2012

Dasar Tutup/Buka Pintu China dan Jepun

Huraikan dasar tutup dan dasar buka pintu yang diamalkan oleh China dan Jepun terhadap kuasa Barat pada abad ke-19.

Pengenalan
·         Dasar tutup pintu merupakan satu usaha yang diamalkan oleh China dan Jepun untuk campurtangan kuasa asing.
·         China begitu berhati-hati apabila menjalinkan hubungan dengan kuasa asing.
·         China mengadakan sekatan terhadap hubungan perdagangan mahupun diplomatik.
·         Jepun turut mengamalkan dasar isolasi terhadap kuasa Barat. Sebelun 1800, Maharaja Jepun mengharamkan semua aktiviti perdagangan dan sebarang bentuk perhubungn dengan negara luar.

 Isi Penting

CHINA
·         China telah menjalinkan hubungan dengan kuasa-kuasa Barat sejak abad ke-16.
·         Pada abad ke-19 China menutup pintunya kepada kuasa barat dengan alasan Barat sentiasa menimbulkan masalah dan huru hara.
·         China juga mempunyai rasa bangga terhadap keupayaan negaranya sebagai middle kingdom dan tidak mengharap serta memerlukan mana-mana barangan dari luar.
·         Maharaja China juga khuatir akan pengaruh agama Kristian dan budaya Barat sekiranya mereka diberi peluang masuk secara total ke China kerana ini pasti akan mencemar agama asal, kebudayaan dan adat resam temapatan masyarakat Cina.
·         Kerajaan Manchu berusaha untuk menyekat dan mengehadkan perdagangan China dengan kuasa-kuasa Barat.
·         Kuasa-kuasa Barat hanya dibenarkan bergerak di kawasan yang terhad di China, iaitu hanya di pelabuhan Canton.
·         Maharaja Chien Lung memperkenalkan Dikri Lapan Peraturan. Kuasa-kuasa Barat dikehendaki mematuhi peraturan serta undang-undang yang telah ditetapkan.
·         Sekatan China ke atas para pedagang asing menimbulkan pelbagai masalah.
·         Peperangan menyebabkan China menukar dasar tutup pintu kepada dasar buka pintu.


JEPUN
·         Dasar Tutup Pintu Jepun berlangsung sejak pertengahan abad ke-17, mendapat perhatian kuasa-kuasa Barat.
·         Jepun menggunakan alasan tidak memerlukan barangan dari Barat memandangkan negaranya merupakan sebuah negara pertanian dan mempunyai hasil dan sumber negara yang mencukupi untuk menampung keperluan rakyatnya.
·         Kerajaan Syogun Tokugawa bimbang dengan perkembangan ajaran agama Kristian dan tidak mahu agama ini akan dijadikan alat untuk menjatuhkan kerajaannya.
·         Jepun beranggapan bahawa orang asing sering menimbulkan masalah perbalahan serta huru-hara dan ini pasti mengancam ketenteraman negaranya.
·         Syogun Tokugawa juga mencurigai kejujuran Barat dan bimbang Barat akan mengambil kesempatan untuk campur tangan dalam politik dan hal ehwal pemerintahan Jepun lebih-lebih lagi apabila melihat Filipina dijajah oleh Sepanyol.
·         Kuasa Barat seperti Belanda dan British berusha meminta Kesyogunan Tokugawa supaya menghentikan dasar tersebut tetapi gagal.
·         Tahun 1853, Amerika Syarikat mengumumkan akan menghantar misi ke Jepun.
·         Keadan di China menjadi teladan yang amat baik kepada Jepun dalam menghadapi tekanan Barat.
·         Dasar Isolasi Jepun hanya berakhir apabila termetrainya Perjanjian Kanagawa(1854)
·         Perubahan dasar Jepun telah mengubah sistem ekonomi, politik dan sosial.


Kesimpulan
·         Dasar Tutup Pintu yang diamalkan oleh China dan Jepun sebenarnya bertujuan untuk menyekat penguasaan asing.
·         Mereka bimbang terhadap penyebaran agama Kristian.
·         Dasar Tutup Pintu China berakhir apabila British berjaya mengalahkan China dalam dua siri peperangan.
·         Jepun terpaksa membuka negaranya kepada Amerika Syarikat kerana diugut dengan menggunakan kekuatan tentera.