Isnin, 24 Oktober 2011

PELAKSANAAN ZAKAT ZAMAN ABBASIYAH

Terangkan perlaksanaan zakat dan kepentingannya pada Zaman Kerajaan Bani Abassiyah

A. Pendahuluan :
-Zakat merupakan salah satu amalan yang wajib ditunaikan oleh semua umat Islam
-Zakat mula difardhukan pada tahun ke-2 hijrah setelah nabi Muhammad s.a.w berhijrah ke Madinah.
-Setelah kerajaan Bani Abbasiyah mengambil alih pemerintahan Islam daripada kerajaan Bani Umaiyah pada tahun 132H, khalifahnya masih meneruskan malah mengukuhkan lagi dasar dan pelaksanaan zakat.

B. Isi-isi Penting :
Pelaksanaan Zakat pada Zaman Bani Abbasiyah :
-Pelaksanaan zakat pada zaman ini terbahagi kepada dua, iaitu zakat fitrah dan zakat harta.
-Zakat fitrah wajib ditunaikan setelah selesai mengerjakan ibadah puasa pada bulan ramadhan.
-Zakat harta ialah zakat harta benda seperti, binatang ternakan, emas dan perak, barang perdagangan dan bijirin.

Zakat Fitrah Menurut Mazhab Syafie :
-Menurut mazhab Syafie zakat fitrah harus ditunaikan sebelum solat aidilfitri kerana jika diberikan selepasnya ia dianggap sedekah biasa.
-Zakat ini harus diberi kepada hamba atau orang merdeka tidak dikira jantina yang memerlukan berdasarkan hadis nabi Muhammad s.a.w. :
-Rasulullah mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadhan sebanyak sa’ kurma/ sa’ gandum bagi hamba sahaya dan orang merdeka, baik lelaki mahupun perempuan dan baik kanak-kanak mahupun orang dewasa. (Bukhari dan Muslim)

Zakat Harta :
-Pada zaman pemerintahan Bani Abbasiyah harta benda yang wajib dikeluarkan zakat ialah, ternakan, emas dan perak, barang perniagaan dan biji-bijian seperti beras, gandum, barli dan lain-lain.

Zakat Hasil Ternakan :
-Antara binatang ternakan yang wajib ditunaikan zakat ialah unta, lembu, dan kambing, yang merupakan hasil pendapatan pada masa itu.
-Syarat wajib zakat ternakan ialah cukup haul dan cukup nisab.
-Binatang ini mestilah diternak di padang rumput yang bebas dan binatang tersebut mestilah tidak digunakan untuk bekerja.
-Kadar zakatnya adalah sama seperti yang dikenakan oleh kerajaan Bani Umaiyah.

Zakat Emas dan Perak :
Zakat emas dan perak wajib ditunaikan sekiranya mencapai syarat-syarat yang ditetapkan, iaitu:
-Cukup nisab – 5 dirham daripada 200 dirham bagi perak yang telah disepuh. Manakala bagi emas pula nisabnya 20 dinar (96 gram emas).
-Cukup haul – cukup setahun.
-Milik sempurna – barang yang diamanahkan, dipinjam, perhiasan wanita dan harta rampasan tidak wajib dizakatkan.
-Zakat perdagangan yang diamalkan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w telah diteruskan hingga zaman ini. Cara pengeluaran zakat perniagaan seperti berikut:
-Apabila sudah cukuphaul, seorang peniaga hendaklah menggabungkan semua hartanya iaitu modal, keuntungan, simpanan, serta hutang yang dijangka dapat dipungut.
-Seterusnya dia memeriksa barang perniagaan dan menilai barang-barang tersebut, lalu dicampurkan dengan wang dan hutang dan kemudian mengeluarkan zakat sebanyak 2.5%.

Zakat Pertanian :
Biji-bijian seperti padi, gandum dan lain-lain wajib dikeluarkan zakat. Antara syarat wajib zakat pertanian ialah:
-Islam
-Mengetahui hukum wajib mengeluarkan zakat
-Tanah pertanian yang diusahakan itu hendaklah daripada jenis tanah yang dikenakan cukai usyur iaitu tanah milik sendiri. Jika tanah itu tanah kharaj iaitu tanah rampasan perang, maka tidak wajib dikeluarkan zakat.
-Kadar zakatnya ialah 1/10 jika disirami air hujan dan 1/20 jika diusahakan sendiri dengan alat penyiram.

C. Kepentingan zakat pada zaman kerajaan Bani Abassiyah : [6 markah]
-Dapat mengeratkan hubungan atau tali persaudaraan antara umat Islam khususnya antara golongan kaya dan miskin. Mereka yang kurang bernasib baik akan dapat menjalani kehidupan lebih sempurna dan menguatkan perpaduan ummah.
-Dapat membersihkan jiwa dan rohani manusia yang kotor. Terhapusnya sifat ini akan melahirkan masyarakat yang lebih aman dan bahagia.
-Medan ujian bagi golongan yang kaya seterusnya meningkatkan Qana’ah yang membendung mereka dikuasai hawa nafsu dan kemahuan yang tidak terbatas.
-Mewujudkan suasana harmoni antara golongan berada dan miskin serta mendekatkan jurang sosial antara mereka.
-Membersihkan harta seseorang daripada bercampur dengan harta lain yang sememangnya bukan hak individu tersebut.
-Membawa kepada perkembangan intelektual yang pesat pada zaman kerajaan Abassiyah.

D. Kesimpulan : [2 Markah]
Zakat merupakan sumber pendapatan yang amat penting kepada negara dan masyarakat Islam kerana zakat bukan sahaja dapat mewujudkan suasana yang muhibbah tetapi dapat meningkatkan ketaqwaan seseorang terhadap Allah.