Isnin, 24 Oktober 2011

INSTITUSI ZAKAT

MEMBAYAR ZAKAT ADALAH DIWAJIBKAN KE ATAS UMAT ISLAM‟. BINCANGKAN SEJARAH, FUNGSI DAN PELAKSANAAN ZAKAT DARI ZAMAN RASULULLAH SAW HINGGA PADA ZAMAN BANI UMAIYAH
 A. PENDAHULUAN :
- Dari segi bahasa zakat bermaksud penambahan dan penyuburan pahala serta penyucian jiwa.
- Dari segi syarak pula, zakat ditakrifkan sebagai mengeluarkan harta mengikut kadar tertentu berdasarkan syariat yang telah ditentukan.
- Kewajipan mengeluarkan zakat telah disebut sendirian sebanyak 32 kali dan sebanyak 26 kali beriringan dengan kewajipan menunaikan solat di dalam al-Quran.

B. Isi-Isi
1. Sejarah perlaksanaan zakat
Dalam Al Quran, Allah telah menyebut beberapa Nabi dan Rasul terdahulu yang melaksanakan zakat. Antaranya Nabi Ibrahim, Nabi Yaakub, Nabi Ismail dan Nabi Isa. Pada masa ini zakat dikaitkan dengan amalan tolong menolong golongan bangsawan terhadap golongan miskin khususnya pada awal penyebaran Islam. Contohnya Siti khadijah dan Abu Bakar As Siddiq yang banyak mendermakan harta mereka demi perjuangan Islam. Cuma pengeluaran zakat pada ketika ini hanya bertaraf piihan tanpa dihadkan kadar nisab dan jenis harta benda yang hendak dikeluarkan. Rasulullah s.a.w. pernah berpesan agar umat Islam menunaikan zakat.

2. Fungsi Zakat
Membesihkan rohani manusia daripada sifat bakhil, sombong, mementingkan diri dan sayangkan harta. Dengan mengeluarkan zakat dapat melahirkan masyarakat yang aman dan saling bantu membantu. adap golongan yang kurang berada. jurang sosial antara mereka. Golongan miskin tidak akan merasa cemburu dan rendah diri. Manakala golongan kaya pula dapat membantu dan menandakan kesyukuran terhadap harta yang mereka miliki. Islam, harta yang dimiliki apabila genap tempoh masa dan jumlahnya perlulah mengeluarkan sebahagian hartanya untuk diagihkan kepada yang berhak.

3. Pelaksanaan zakat.
zakat harta benda. Zakat fitrah merupakan zakat yang diwajibkan ke atas orang Islam pada akhir bulan Ramadhan setiap tahun. Zakat ini diwajibkan kepada semua peringkat umur. Zakat harta benda ialah zakat yang dikeluarkan oleh mereka yang mempunyai harta dengan kadar tertentu. Harta yang diwajibkan zakat ialah tanaman, binatang ternakan, emas, perak, barangan perniagaan dan harta rikaz. hamba yang hendak memerdekakan dirinya, musafir dan amil. n Abu Bakar as- Siddiq, beliau telah bertindak tegas dengan golongan yang enggan membayar zakat ( Gerakan ar-Riddah) seperti di Yaman, Bahrin dan Oman. Beliau telah membentuk 11 pasukan tentera yang diketuai oleh Khalid bin al- Walid untuk memerangi golongan tersebut.
-Khattab, hasil pungutan zakat bertambah berikutan jumlah orang Islam kian meningkat. Ekoran perluasan kuasa pemerintahan kerajaan Islam semasa Umar. Amil dilantik untuk memungut zakat dan disimpan dalam Baitul Mal sebelum diagihkan.
-Kharaj ditubuhkan untuk menyelaras pemungutan zakat. Semasa Umar Abdul Aziz, masyarakat disarankan untuk bekerja keras dan tidak boleh mengharapkan belas kasihan orang lain. Sehingga dilaporkan tiada orang yang berhak menerima zakat pada zaman pemerintahannya. Zakat pada zaman Umaiyyah dibahagikan kepada lima iaitu zakat emas dan perak dikenakan 2.5%, zakat binatang ternakan dan barang perdagangan 2.5%, harta rikaz dan galian dibumi perang 1/5 dan dibumi aman 2.5%, zakat tanaman dan buahan jika menggunakan siraman hujan sebanyak 1/10, manakala menggunakan siraman sendiri kadarnya 1/20, kadar zakat di zaman ini bergantung kepada keuntungan, hak milik dan peralatan pertanian. Sekiranya jika ada yang enggan  melaksanakan zakat akan dikenakan hukuman mengikut syarak.