PENDAHULUAN
1. Difinisi zakat dan sejarah penubuhan institusi zakat:
Zakat berasal daripada perkataan Arab kata zasar Zakat yang bererti Penambahan dan Penyucian. Penambahan bermaksud memberi dan menambah kemakmuran dan pahala umat Islam, pensucian bermaksud pembayaran bagi mensucikan jiwa umat Islam.2. Sejarah Institusi zakat dilaksanakan sejak zaman Kenabian Ibrahim a.s Nabi ishaq, nabi Yaakub, Nabi Ismail dan Nabi Isa a.s. Pada permulaan Islam zakat ,mula dibayar secara suka rela oleh Bani Adhrah dari Yaman yang terkenal dengan sifat pemurah dan berbudi mulia. Pada tahun ke dua Hijrah ( 623 M ), zakat difardhukan secara ijbari ( kuat kuasa ) atau ilzami ( wajib ) diantara bulan syaaban hingga bulan Syawal. Keenggan membayar zakat boleh membawa kepada hukuman bunuh atau dipaksa membayar zakat oleh pemerintah.
3. Latarbelakang pemerintahan Khalifah Abu bakar:
Memerintah selam 2 tahun 6 bulan ( 632 0 634 Masihi ) Menghadapi ancaman gerakan Ar – Riddah.
4. Latarbelakang pemerintahan khalifah Umar Al – Khattab.
· Memerintah selama 10 tahun 634 – 644 Masihi .· Melalui zaman kemakmuran semasa pemerintahannya.
5. Latarbelakang pemerintahan Bani Umaiyah:
Diasaskan oleh Muaiyah bin Abi Sufian 41H/661M – 132H/750MPusat pentadbiran di Damsyik,Syria
A. Fungsi zakat:
1. Mendatangkan kesyukuran atau penyuburan pahala.2. Mensucikan jiwa daripada kekotoran dosa.
3. Mendamaikan atau mengwujudkan kedamaian ( al – salah ).
4. Mendekat atau merapatkan jurang kekayaan dikalangan masyarakat Islam.
5. Menyemai semangat bertanggungjawab untuk tolong menolong.
6. Mengikis sifat tamak dalam pemilikan harta.
7. Membuktikan semangat sifat metaati hukum & perintah Allah.
8. Memperolehi keberkatan.
B. Pelaksanaan zakat zaman Khulafa’:
Perlaksanaan institusi zakat pada zaman khalifah Abu Bakar Al – Siddiq dan Khalifah Umar bin Al – Khatab.1. Penubuhan institusi Baitulmal yang menguruskan pentadbiran harta negara, harta masyarakat dan harta umum menghasilkan zakat. Operasi secara rasmi berlaku pada zaman Khalifah Umar Al – Khatab.
2. Perlantikan ‘Amil’ yang melaksanakan urusan pemungutan dan menguruskan zakat daripada pihak yang layak berzakat mengikut ukuran atau kadar nisab tertentu.
3. Membahagikan jenis zakat kepada dua iaitu : zakat harta dan zakat fitrah.
4. Melaksanakan pemungutan zakat secara tegas sebagai menegakkan hukum. Khalifah Abu Bakar memerangi golongan al – Riddah yang engakr membayar zakat. Dari segi syarak, pembayaran zakat adalah wajib keatas harta apabila cuku syaratnya ( sampai nisabnya dan genap haul ( tahun / masa ).
5. Menyalurkan hasil pembayaran zakat kepada 8 asnaf iaitu golongan yang layak menerima antaranya:
- Fakir Miskin
- Orang musafir.
- Amil.
- Muallaf
- Hamba yang hendak memerdekakan dirinya.
- Orang yang berhutang
- Orang yang berjihad
- Orang yang merantau ( ibnu sabil ) dan kehabisan wangnya semasa dalam
- perjalanan yang bertujuan baik dan dibenarkan oleh syarak ( termasuk mencari
- rezeki yang halal dan menuntut ilmu )
C. Perlaksanaan zakat zaman Bani Umaiyah
Menonjol ketika pemerintahan Umar bin Abdul Aziz.Beliau telah mengembalikan institusi zakat dalam bentuk asalnya dan ditakbir dengan baik dan sitematik.Antaranya,
1. Melantik amil untuk memungut zakat di bahagian – bahagian yang berbeza mngikut ukuran nisab tertentu.
2. Menggalak umat Islam bekerja keras dan bermuafakat sehingga muncul Masyrakat yang makmur kerana tiada seorang pun yang layak menerima zakat Pada zamannya.
3. Membahagikan lima jenis zakat dan kadarnya iaitu:
- Zakat emas dan perak
- Zakat binatang ternakan seperti kambing,unta dan lembu
- Zakat perniagaan
- Zakat galian dan harta yang tertanam
- Zakat tanaman dan buah – buahan
- Fakir
- Miskin
- Amil
- Muallaf
- Hamba yang hendak memerdakan diri
- Orang berhutang
- Orang yang berjihad
- Musafir
KESIMPULAN
Perlaksanaan institusi zakat pada zaman Umar al – Khattab menjadi asas perlaksanaan zakat hingga ke hari ini. Perlaksanaannya yang diuruskan secara terpimpin akan membawa kemuran dan kesejahteraan ummah.