Pengenalan
· Revolusi China yang berlaku pada tahun 1911 dan Revolusi Siam pada tahun 1932 merupakan kemuncak penentangan yang agak berbeza sedikit kerana bukannya menghalau penjajah Barat tetapi menjurus kepada rasa tidak puas hati terhadap pemerintahan yang sedia ada. Revolusi digerakkan oleh gologan intelektual yang merasakan pembaharuan perlu dilakukan untuk membangunkan negara dan ianya mendapat sokongan rakyat. Revolusi China dipimpin oleh Dr. Sun Yat Sen dan Revolusi Siam dipimpin oleh Pride Panomyong. Revolusi ini disebabkan oleh beberapa faktor.
Isi Penting
A. Faktor-faktor meletusnya Revolusi China 1911
1. Kelemahan pemerintahan Manchu
· menurunkan / menjatuhkan pemerintahan Dinasti Manchu dengan penubuhan Kerajaan Republik China di bawah Yuan Shih Kai
· beberapa penentangan terbuka iaitu Pemberontakan Taiping (1850 – 1864, Pemberontakan Panthay (1885), Pemberontakan Nien (1853 – 1868) serta gerakan sulit While Lotus Society dan Heaven and Earth Society.
· Kelemahan kerajaan Manchu telah menyebabkan kemasukan orang Barat, masalah rasuah dan huru hara. Ini menyebabkan masalah kewangan.
· Masalah bencana alam seperti banjir dan kemarau mengurangkan hasil pertanian. Ini dianggap kerajaan Manchu tidak mendapat mandat dari Tuhan.
2. Kesengsaraan rakyat
· Awal abad ke-20 penduduk China sekitar 400 juta dan wujud masalah kekurangan tanah untuk pertanian.
· Masalah bencana alam seperti banjir dan kemarau.
3. Kemasukan kuasa Barat
· masyarakat China perlu menerima idea-idea Barat jika ingin maju tetapi ini tidak disenangi oleh oleh pemerintah Manchu.
4. Penguasaan ekonomi oleh kuasa asing
· kuasa Barat seperti British, Perancis, Rusia dan Amerika Syarikat menguasai pelabuhan utama akibat beberapa siri perjanjian seperti Perjanjian Nangking.
· Mengakibatkan China kehilangan punca kewangan utama dan menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk tempatan terhadap pemerintah Manchu.
5. Peranan golongan terpelajar
- Golongan terpelajar seperti Dr. Sun Yat Sen mempengaruhi masyarakat tempatan dan meniup semangat nasionalisme
6. Kemudahan sistem perhubungan
kemudahan sistem perhubungan seperti rangkaian keretapi, jalan raya, pos dan telegraf mempercepatkan penyampaian idea.
· Meletusnya Revolusi Siam pada Jun 1932 mempunyai kaitan dengan pembaharuan yang diperkenalkan oleh Raja Mongkut dan Chulalongkon terutamanya dalam pendidikan. Hasilnya lahir golongan cerdik pandai dan liberal serta yang memikirkan demokrasi berparlimen. Antara faktor yang mempercepatkan berlakunya revolusi ini adalah:
1. Lahirnya golongan berpendidikan Barat
· golongan ini merasakan perlu dilakukan pembaharuan dalam ekonomi, politik dan sosial.
· Mendapat idea daripada didikan Barat dan terpengaruh dengan idea demokrasi seperti Profesor Pridi Panomyong, Mejar Pibul Songram.
2. Kelemahan pemerintah Raja Prajadhipok
· Siam mengalami masalah ekonomi dan kewangan serius antara tahun 1913 – 1925 iaitu perbelanjaan negara meningkat sehingga 50% sedangkan pendapatan negara hanya 25%
· Tindakan beliau memotong gaji tidak disenangi oleh pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan
· Pembubaran pasukan The Wild Tiger Corps yang diasaskan oleh Raja Vajiravuth menimbulkan kemarahan di kalangan tentera kerana kehilangan pekerjaan.
· Dituduh memberi jawatan tinggi kepada kerabat diraja
3. Dasar pilih kasih Prajadhipok
· hanya mempercayai golongan diraja dalam membantu pemerintahan negara
· menubuhkan Majlis Penasihat tetapi ahli-ahlinya hanya terbatas kepada putera-putera raja
4. Perselisihan antara golongan pemerintah dari kalangan kerabat diraja
· mula dengan konflik antara Putera Bovaradej (Menteri Pertahanan) dengan Putera Purachatra (Menteri Perdagangan) pada tahun 1931
· mempunyai pendapat yang berbeza mengenai ekonomi dan penyelesaian
· memberi gambaran yang kurang sihat kepada rakyat
5. Peranan Parti Rakyat
· melalui kepimpinan Pridi Panomyong, Kolonel Bahul dan Mejar Pibul Songram telah melancarkan rampasan kuasa setelah penubuhan Parti Rakyat pada 26 Jun 1932
· rampasan berlaku sewaktu Raja Prajadhipok berada di luar negara dan sekembalinya ke Siam selepas dua hari beliau terpaksa terima perlembagaan yang dirangka oleh Pridi Panomyong pada Disember 1932
Kesimpulan ( 2 markah)
· Revolusi China yang berlaku pada tahun 1911 dan Revolusi Siam pada tahun 1932 merupakan peristiwa yang terjadi akibat daripada rasa tidak puas hati rakyat terhadap sistem pemerintahan beraja yang dianggap mengongkong pembaharuan dan pembangunan yang meliputi aspek sosial, ekonomi dan politik. Bezanya di China ianya didasarkan kepada pemerintahan yang bukan dari kalangan orang China tetapi dari golongan Manchu sementara di Siam pula berkait rapat dengan ketidakpuasan hati terhadap pemerintahan beraja sendiri secara mutlak.