Isnin, 30 April 2012

PENGILHAKAN BARAT DI INDIA DAN VIETNAM

BANDINGKAN PROSES PENGILHAKAN BARAT DI INDIA DAN VIETNAM PADA ABAD KE-19.

PENGENALAN

1. Kemajuan pesat dalam bidang perindustrian dan perdagangan mendorong kuasa kuasa Barat berlumba-lumba melaksanakan dasar imperialisme iaitu memperluaskan pengaruh politik di seluruh dunia.

2. Pada abad ke-19, kuasa-kuasa imperialisme Barat berusaha meluaskan pengaruh politik dan ekonomi serta membentuk empayar yang luas di Asia kerana kaya dengan keperluan bahan mentah yang diperlukan kilang-kilang industri mereka. Negara-negara itu juga menyediakan pasaran yang lebih luas bagi lebihan barangan hasil keluaran kilang-kilang mereka.

3. Kaedah perluasan kuasa Barat ini ada berbagai-bagai cara sama ada secara peperangan, perjanjian ataupun secara pengilhakan.

4. Antara negara yang terlibat dengan perluasan kuasa Barat melalui kaedah ini ialah India oleh British dan Vietnam yang diilhakan oleh Perancis.

5. Tindakan pengilhakan yang dilakukan adalah didorong oleh kepentingan perdagangan.

6. Di India dan Vietnam walaupun cara campurtangannya adalah sama iaitu secara pengilhakan, namun proses pelaksanaannya adalah berbeza. Perluasan kuasa melalui kaedah pengilhakan melibatkan kekerasan seperti peperangan, ugutan, perjanjian dan sebagainya.

 ISI

1.Pengilhakan kuasa British di India:

a. Dasar pengilhakan Lord William Bentick (1824-1835)

i.  Semasa Lord William Bentick menjadi Gabenor Jeneral India, beberapa wilayah telah diilhakan oleh beliau.

ii. Beliau menggunakan alasan penyalahtadbiran untuk mengilhakan Cacar,Coorg dan Mysore.

iii.Raja Cacar mangkat tanpa waris. Atas permintaan penduduk tempatan,Bentick mengilhakan kawasan tersebut.

iv.Di Coorg dan Mysore, Bentick menggunakan alasan penyalahtadbiran pembesar tempatan untuk menjalankan pentadbiran dengan adil dan stabil. Penduduk tempatan menyokong tindakan Bentick

 b. Dasar pengilhakan Lord Ellenborough (1836- 1846)

i. Lord Ellenborough telah mengilhakan wilayah Sind dan Gwalior

ii. Sejak tahun 1809 , Sind telah menjalinkan hubungan dengan British. Pada tahun 1823, satu perjanjian telah ditandatangani antara Sind dan British. Melalui perjajian ini pedagang dan saudagar Inggeris dibenarkan menggunakan sungai dan jalanraya, tetapi kapal dan tentera bersenjata tidak boleh menggunakan negeri tersebut

iii. Syarat ini telah dicabuli semasa peperangan Afghan di mana Lord Auckland telah mengarahkan tenteranya berbaris melalui Sind

iv. Ellenborough ingin merampas wilayah Sind dengan membuat beberapa tuduhan . Charles Napier telah dihantar untuk menyiasat. Beliau mengadakan satu perjanjian baru dengan Amir Sind. Amir-Amir dipaksa menyerahkan bahagian yang lebih besar di wilayah mereka serta melepaskan hak mereka untuk membuat wang mereka sendiri. Hanya mata wang British yang diakui sebagai mata wang sah.

v.Tindakan itu menyebabkan Amir marah dan bertindak menyerang residensi British. Amir telah ditewaskan dalam peperangan di Miani dan Dabo. Sind telah dirampas dan diletakkan dalam Empayar British di India.

vi.Ellenborough juga telah mengilhakan wlayah Gwalior dan Paniar setelah kematian Daulat Rao Sindhia, Ketua Puak Maratha yang digeruni.


c) Dasar Pengilhakan Lord Dalhousie (1846-1856)

i. Lord Dalhousie melaksanakan dasar pengilhakan melalui tiga kaedah iaitu hak menakluki kuasa agung oleh Syarikat Hindia Timur British, “Doctrin of lapse” (Undang-undang lesap waris) dan keinginan untuk melanjutkan kebaikan-kebaikan tanpa faedah yang dibawa oleh pemerintah British ke atas wilayah-wilayah yang dibelenggu masalah penyelewengan atau penyelewangan pemerintah tempatan

ii. Melalui kaedah hak menakluki kuasa agung , beliau telah menakluk Punjab dengan mengisytiharkan perang ke atas kaum Sikh dan mengalahkan mereka di Gujerat. Punjab telah diilhakan.

iii. Kaedah Docrin of lapse paling kerap digunakan Dalhousie. Menurut doktrin ini, mana-mana pemerintah yang yang tidak meninggalkan waris keturunannya untuk meneruskan pemerintahan selepas mangkat , maka negeri atau wilayah itu akan jatuh ke bawah kuasa agung dengan sendirinya.Beliau tidak mengiktiraf hak seseorang pemerintah untuk melantik seorang waris yang bukan keturunannya. Contohnya di Jhansi, pelantikan anak angkat sebagai pewaris dianggap tidak sah oleh British. Wilayah-wilayah lain yang dilhakan cara ini ialah Satara,Jaitpur, Baghat, dan Samalpur.

iv. Kaedah “kebaikan untuk diperintah” berlaku atas alasan penganiayaan , kezaliman dan ketidakadilan politik dalam sesebuah negeri. Misalnya, Qudh telah diletakkan dibawah naungan SHTI . Pentadbiran Qudh dikuasai oleh Nawab Khan dalam keadaan huru-hara dan amalan rasuah berleluasa. Dalhousie mengadakan perjanjian dengan Qudh. Dalam perjanjian itu, SHTI akan mengambilalih Qudh, manakala Nawab akan dibenarkan mengekalkan gelaran dan dibayar 15 juta rupee. Apabila Nawab enggan menandatangani perjanjian tersebut, Lord Dalhousie telah mengambil keputusan menjalankan dasar pengilhakan atas alasan penyelewengan pemerintah tempatan


2. Pengilhakan kuasa Perancis di Vietnam (10 M):

a. Pengilhakan Tourane dan Saigon

i.Perancis menjalankan hubungan baik dengan Vietnam semasa pemerintahan Maharaja Gia Long.

ii.Namun begitu pengganti-pengganti Gia Long tidak menjalinkan hubungan baik dengan Perancis, sebaliknya mereka bertindak melakukan kekejaman terhadap mubaligh-mubaligh Kristian dan membuat undang-undang yang melarang kemasukan mubaligh-mubaligh Kristian ke Vietnam.

iii.Permusuhan Perancis-Vietnam telah memuncak pada zaman pemerintahan Maharaja Tu Duc. Pada masa pemerintahan beliau kegiatan anti-Kristian semakin meluas dan kejadian pembunuhan mubaligh Kristian semakin bertambah.

iv.Kegiatan ini menyebabkan Raja Perancis Napoleon III telah mengambil tindakan menakluki Vietnam dengan menggunakan peristiwa pembunuhan Bishop Diaz, seorang paderi Sepanyol di Tongking, sebagai alasan menyerang Vietnam.

v.Pada 31 Ogos 1858, Perancis menyerang Tourane bersama angkatan Perancis-Sepanyol di bawah pimpinan Rigault ge Genouilly dan pada 2 September 1858 Tourane jatuh ke tangan Perancis. Seterusnya Perancis menyerang Saigon yang merupakan kawasan penanaman dan pengumpulan padi yang utama di Vietnam. Saigon telah jatuh ke tangan Perancis pada 17 Febuari 1859.

vi.Peristiwa ini menyebabkan seluruh selatan Vietnam jatuh ke tangan Perancis.Tu Duc akhirnya mengaku kalah, dan menandatangani perjanjian dengan Perancis pada Jun 1862

 b. Pengilhakan Tongking

i. Kepentingan ekonomi menyebabkan Perancis terlibat di Tongking

sebagai jalan meluaskan perniagaannya di Negara China melalui Sungai Merah.Perancis juga merasa bimbang dengan persaingan kuasa barat yang lain seperti Jerman, Itali dan Amerika Syarikat. Penindasan Maharaja Tu Duc juga telah memaksa Perancis menakluki Tongking.

ii. Sewaktu Perancis bertapak di Cochin-China , keadaan huru-hara telah tercetus di Tongking akibat kemasukan orang-orang pelarian.

iii.Perdana Menteri Perancis telah memutuskan untuk menamatkan keadaan huru-hara di Vietnam dan menjadikannya sebagai naungan Perancis.

iv. Pada bulan April 1882, angkatan laut Perancis tiba di Hanoi. Perancis menakluki Tongking pada tahun 1883.


C) KESIMPULAN

1. Perancis dan British telah berjaya menggunakan kaedah pengilhakan untuk meluaskan kuasa di Vietnam dan India.

2. Campurtangan Perancis dan British telah menyebabkan perubahan-perubahan berlaku dalam politik, ekonomi dan sosial di Vietnam dan India.

3. Cara perluasan kuasa ini menyebabkan wujudnya perasaan tidak puas hati rakyat tempatan yang membawa kepada berlakunya tindak balas seperti Dahagi India 1857.