Isnin, 10 Oktober 2011

CAMPUR TANGAN MELALUI PERJANJIAN

Perjanjian Nangking 1842 dan perjanjian Bowring 1855 telah meninggalkan pelbagai kesan sosial dan ekonomi kepada China dan Siam. Bincangkan.
Pengenalan
Negara China dan Siam masih lagi mengamalkan dasar tutup pintu walaupun berlaku kemaraan kuasa barat pada pertengahan abad ke-19.Termeterainya kedua-dua perjanjian tersebut bermakna tamatlah dasar pemencilan selama ini.Perjanjian Nangking dan perjanjian Bowring telah mendatangkan kesan sosial dan ekonomi kepada Negara China dan Siam.

Isi-isi

1. Perjanjian Nanking - Kesan sosial dan ekonomi ke atas China.
- Agama Kristian telah berkembang dengan pesat. Mubaligh-mubaligh Kristiann dari Barat  bebas menyebarkan agama mereka di China. Kemasukan agama Kristian turut berlakunya penentangan antara golongan China Kristian dengan China Ortodoks seperti dalam Gerakan Boxer.
- Berlaku keruntuhan Akhlak kerana kemasukan candu secara berleluasa dan tidak terkawal. Merosakan sistem sosial masyarakat China terutama golongan belia. Ramai belia China menjadi penagih dadah atau candu meyebabkan kesihatan mental dan fizikal terjejas.
- Perkembangan pendidikan barat turut berlaku . Negara china perlu mengubah system
pendidikan untuk menghadapi kuasa barat. Oleh itu aspek pendidikan barat diberi tumpuan utama di bawah Gerakan Menguatkan Diri yang dilancarkan pada tahun 1861.
- Perjanjian Nangking telah membawa kepada pembukaan lima buah pelabuhan iaitu Canton, Amoy, Fuchow, Ningpo dan Shanghai.Pintu perdagangan Negara China telah
dibuka kepada kuasa-kuasa Barat ini bermakna berbagai barangan luar membanjiri pasaran China.
- Perkembangan industri tempatan seperti industri tenunan kain dan industri paku dan jarum terjejas kesan kemasukan barangan asing secara besar-besaran ke Negara China.Barangan asing turut dikenakan duti import dan eksport yang rendah. Barangan barat menjadi lebih murah berbanding barang buatan Cina. Kesannya banyak industri kecil telah ditutup.
- Import candu meningkat dengan mendadak. Pedagang-pedagang barat mengimpot
candu dalam kuantiti yang banyak ke Negara China.Perdagangan candu memberi
keuntungan besar kepada barat. China tidak berpuashati sehingga membawa kepada
perang Candu kedua.

2. Perjanjian Bowring - kesan sosial dan ekonomi kepada Thailand
- Mongkut membenarkan mubaligh-mubaligh kristian agama Kristian dengan bebas di
Siam. Raja Siam telah menghadiahkan sebidang tanah kepada penganut agama Kristian untuk dijadikan tanah perkuburan. Raja mongkut juga menyumbangkan wang untuk membina gereja di Bangkok.
- Sistem pendidikan Barat dan sistem perhubungan moden telah diberi keutamaan oleh
Mongkut. Pembesar-pembesar diarahkan untuk mempelari bahasa asing bagi memudahkan mereka berhubungan. Sekolah-sekolah berasaskan model barat telah di bina. Guru-guru dari barat diambil untuk mengajar anak-anak golongan banhgsawan dan putera raja.
- Siam telah dibuka kepada pedagang-pedagang Barat. Kapal-kapal pedagang barat
dibenarkan berlabuh di mana-mana pelabuhan Siam. Banyak barangan dari Barat di import ke Siam. Mongkut turut mengadakan perjanjian dengan Negara Barat yang lain seperti Amerika, Perancis ,belanda. Dan Portugal.
- penguasaan China ke atas ekonomi Siam dapat ditamatkan. [erdagangan mula di ambil
alih oleh British. Pihak inggeris telah menbguasai 70% daripa perdagangan asing di Siam.
- Perjanjian Bowring turut mengubah system keewangan di Siam kepada sistem
kewangan moden. Sistem perbankan turut di perkenalkan. Ramai pelabur dari eropah
datang menanam modal di Siam.


Kesimpulan
Perjanjian Nangking dan Perjanjian Bowring telah meninggalkan pelbagai kesan sosial
dan ekonomi ke atas Negara china dan Siam.Pelaksanaan perjanjaian itu telah
membuka lembaran baru kepada kedua-dua negara. Keangkuhan China sebagau
Middle of Kingdom telah dapat dihapuskan manakala kepada Siam ia telah dapat
menikmati arus pemodenan dan berjaya mengekal kedaulatannya.