Isnin, 10 Oktober 2011

CAMPUR TANGAN BRITISH DI INDIA DAN CHINA

Kaji kesan campurtangan British di India dan China yang membawa tercetusnya Dahagi India pada tahun 1857 dan pemberontakan Boxer di China pada tahun 1900.
 Pengenalan.
Pembaharuan dan perubahan aspek politik .sosial dan ekonomi oleh Barat telah mendorong penentangan masyarakat setempat terhadap mereka. Pertentangan pegangan serta budaya dan nilai kedua-dua pihak telah mencapai kemuncak apabila berlakunya perang Dahagi di India dan pemberontakan Boxer di China

 Isi-isi

1. Pembaharuan British di India
·         Dasar pengilhanan Lord Dalhousietelah dilakukan terhadap wilayah-wilayah yang ditadbir oleh pemerintah India. Kesan pelaksanaan undang-undang lesap warismenyebabkan British memiliki banyak kawasan dan wilayah di India seperti Punjab, Karnatik dan Tanjore .
·         Inggeris mencabar kedaulatan pemerintahan tempatan apabila membatalkan bayaran pencen kepada Nana Shahib anak angkat pewaris raja di Peshawar. Nana Shahib telah mengetua Dahagi India pada tahun 1858.
·         Penghapusan amalan sosial oleh gabnor Jeneral William Bentinck iaitu thuggee, suttee dan pembunuhan bayi perempuan . Lord Dalhousei juga telah membenarkan balu berkahwin semula dan Perkahwinan semasa kanak-kanak turut dihapuskan. Mengikut kacamata Barat ia adalah baik tetapi masyarakat india beranggapan ia amat bertentangan dengan adat istiadat mereka dan ini merupakan satu campurtangan terhadap mereka.
·         British juga menyebarkan pendidikan Barat dan cuba mengkristiankan orang India serta menghapuskan sifat-sifat dan ciri-ciri pendidikan bercorak timur. Perubahan ini didapati memperkecilkan sistem pendidikan Hindu dan ia menimbulkan kemarahan orang India.
·         Pengenalan teknologi barat seperti keretapi dan telegraf telah mengancam kedudukan sistem kasta dan mencemarkan Agama Hindu. Pembinaan tali air untuk menghubungkan beberapa kawasan sungai Ganges oleh British di tentang oleh masyarakat India kerana mereka mengangap bahawa sungai Ganges adalah suci dan menghina agama Hindu.
·         Amalan diskriminasi terhadap anggota tentera oleh British menambahkan lagi sentimen tidak puashati terhadap British. Askar-askar sepoi di hantar ke luar wilayah tanpa elaun, tentera berkebolehan di tukarkan ke perkhidmatan awam supaya tidak dinaikan pangkat dan pangkat hanya diberikan kepada askar British.
·         Pengenalan penggunaan senapang ( riffle) yang digunakan menimbulkan kemarahan tentera sepoi India. Penggunaan minyak babi dan minyak lembu yang disapukan kepada peluru sebelum diisikan kedalam senapang sangat sensitif kerana minyak babi adalah haram bagi orang Islam dan minyak lembu adalah haram kepada orang Hindu. Sepoi Hindu dan Islam menganggap ia merupakan muslihat pihak British menentang kebudayaan tempatan.
·         Thalukdar dan Tamindar merupakan pemungut cukai dan pentadbir tanah pada zaman tradisi. Pihak British telah menghantar pegawainya untuk memungut cukai dan menyebabkan peranan Thaludar dan Tamindar ditamatkan. Biritish dianggap perampas dan menutup sumber rezeki mereka dam menimbul kemarahan masyarakat India.

2. Pembaharuan British di China.
·         China menganggap orang asing “Barbarian”. Masyarakat China mengalami nasib buruk selepas campurtangan British. Timbul perasaan anti asing Maharani Doweger dan pegawai-pegawai istana.
·         Penghapuasan amalan sosial dikalangan masyarakat Cina yang telah menganuti agama Kristian. Mereka enggan meyertai adat penyembahan dan kebudayaaan tempatan dan tidak mahu menampung perbelanjaan perayaan tempatan serta dilarang menyertai upacara tradisi. Tindakan ini dianggap menghina tradisi China.
·         Belaku bencana alam di wilayah-wilayah sungai Yang Tze dan SungainHwang Ho. Bencana alam telah merosakkan tanaman dan menyebabkan kebuluran kepada penduduk China. Berlakunya bencana alam tersebut telah dianggap sebagai balasan dewa-dewi terhadap apa yang berlaku di China.
·         Ekonomi China merosot kerana barangan tempatan China tidak dapat bersaing dengan barang buatan Barat. Kain kapas, jarum, paku dan barangan lain adalah lebih murah daripada yang di bawa dari oleh Barat. Berlaku difisit imbangan perdagangan China. Cukai yang tinggi dikenakan untuk mengatasi masalah tersebut telahmenyebabkan rakyat terbeban.
·         Pengenalan keretapi dan kapal wap telah menjejaskan pekerjaan pekerja cina dalam industri pengangkutan cara tradisional seperti kuda,kereta lembu dan Tongkang. Ramai yang menganggur dan beribu-ribu rakyat hilang pekerjaan mereka.
·         Kerajaan China telah mengalami kerugian dan kemerosotan ekonomi, ini adalah kerana kerajaan China terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk membayar ganti rugi peperangan. Keadaan ini menambahkan lagi perasaan benci rakyat China terhadap kuasa asing.

Kesimpulan
Pertentangan adat dan budaya serta pengenalan dasar-dasar imperialis Barat yang Menyusahkan rakyat merupakan punca utama berlakunya penentangan terhadap kuasa barat. Bagi masyarakat India mereka masih belum bersedia menerima idea Barat yang radikal dan drastik, manakala di China pula masyarakat beranggapan Barat menjadi punca kejadian buruk di tanah air mereka dan perlu di usir keluar untuk keamanan.