Sejauhmanakah peranan kumpulan-kumpulan Arab Quraisy dan Yahudi di Madinah dalam mencetuskan Perang Al Ahzab.
A. Pendahuluan. (3 M )1. Perang Ahzab juga dikenali sebagai Perang Khandak kerana dalam peperangan ini umat Islam telah menggali parit di sekeliling kota Madinah sebagai benteng pertahanan. Jumlah tentera musuh ialah 100,000 orang di bawah pimpinan Abu Sufyan.
2. Istilah al-Ahzab merujuk kepada gabungan musuh Islam yang diketuai oleh kaum Quraisy yang dibantu oleh bani Ghatfan, Yahudi Bani Nadir, Yahudi bani Quraizah, Orang-orang munafik, suku-suku Arab tertentu dan orang persaorangan seperti Hayy Bin Akhtab.
B. Peranan kumpulan-kumpulan terlibat. ( Markah: 7 isi x 3 M = 21 M)
1. Tentera Quraisy Mekah
Dipimpin oleh oleh Abu Sufyan in Harb yang bertanggungjawab mengeluarkan arahan dan merangka strategi.Pasukan Quraisy dilengkapi dengan peralatan yang lengkap.
2. Bani Ghatafan
Diketuai oleh Uyainah Bin Hisn berjumlah 1000 orang lengkap dengan peralatan berkuda dan bersenjata. Mereka menyerang dengan anak panah dari seberang parit.
3. Yahudi Bani al- Nadir
Berperanan untuk membangkitkan semangat dan api permusuhan serta menghasut kabilah-kabilah Arab menentang kerajaan Islam pimpinan Nabi Muhammad s.a.w.
4. Yahudi Bani Quraizah
Satu-satunya puak Yahudi yang tinggal yang tinggal dalam kota Madinah.Mereka Menyertai tentera bersekutu dan menyerang kota Madinah dari arah belakang.
5. Golongan Munafikin
Bertindak sebagai gunting dalam lipatan yang memberi tekanan yang berat Terhadap orang-orang Islam. Mereka menjadi pengintip dan berpaling tadah dari orang Islam.
6. Huay Bin Akhtab
Menghasut orang-orang Yahudi Bani Quraizah agar membatalkan perjanjian mereka dengan Nabi Muhammad s.a.w dan menentangnya.
7. Suku-suku kecil Arab
Golongan ini terdiri dari puak Ban Murrah, Asyja’, Sali, Saad dan lain-lain yang berperanan sebagai pembantu kepada pasukan tentera bersekutu
Kesimpulan ( 1 M )
Peperangan Ahzab membuktikan kepada masyarakat Arab bahawa kekuatan fizikal semata-mata belum pasti dapat menjamin kemenangan kepada pihak tentera bersekutu dan kaum musyrikin Mekah serta golongan Yahudi.Peristiwa tersebut telah menunjukkan kewibawaan serta kebijaksanaan Nabi Muhammad
s.a.w. sebagai seorang pemimpin yang terulung.