1. Sepanyol telah menjajah Filipina pada pertengahan abad ke16. Sejak dari itu rakyat Filipina tidak puas hati dengan corak pentadbiran Sepanyol di Filipina. Perasaan tidak puas hati ini telah membawa kepada tercetusnya beberapa penentangan rakyat Filipina terhadap pemerintahan Sepanyol di Filipina sepanjang abad ke19.
2. Sementara kehadiran dan penglibatan Belanda di Indonesia pula telah menimbulkan perasaan tidak puas hati masyarakat tempatan Indonesia yang mencetuskan banyak penentangan terhadap Belanda sepanjang abad ke19.
1) Tindak balas di Indonesia.
a) Penentangan di Sulawesi. (1811)
i) Penentangan terhadap Belanda di Sulawesi diketuai oleh Lavi Bone. Pada tahun 1811, angkatan perang Lavi Bone telah menyerang pihak Belanda tetapi berjaya dikalahkan oleh Belanda.
ii) Penentangan terhadap Belanda di Sulawesi berakhir apabila Belanda bertindak menakluki Makasar pada tahun 1905.
b) Penentangan Sapurua di Maluku. (1817)
i) Penentangan Sapurua di Maluku tercetus akibat daripada tindakan Belanda memaksa penduduk Maluku melaksanakan sistem serahan dan melakukan kerja wajib.
ii) Penentangan ini diketuai oleh Thomas Matelusia. Beliau bertindak menyerang dan menakluki Kubu Belanda di Maluku pada bulan April 1817. Penentangan ini berakhir apabila Belanda bertindak menangkap Thomas Matelusia pada bulan Ogos 1817.
c) Perang Paderi. (1819)
i) Pengaruh Gerakan Wahabi telah memasuki Sumatera Barat pada awal abad ke19. Golongan Wahabi menentang perluasan kuasa Belanda di Minangkabau. Golongan Wahabi telah berjaya menguasai kerajaan Minangkabau.
ii) Pada tahun 1819, Belanda telah bertindak memerangi golongan Wahabi di Minangkabau. Golongan Wahabi yang diketuai oleh Tengku Imam Bonjol terpaksa menandatangani perjanjian damai dengan Belanda pada tahun 1825.
d) Perang Jawa. (1825)
i) Perang Jawa meletus antara tahun 1825 – 1830 di bahagian Jawa Tengah. Perang Jawa dipimpin oleh Dipo Negara iaitu seorang Putera Diraja Kerajaan Jogjakarta.
ii) Perang Jawa meletus disebabkan : -
Perasaan tidak puas hati golongan Bangsawan Pulau Jawa.
Perasaan tidak puas hati golongan Petani Jawa.
Masalah perebutan takhta kerajaan Jogjakarta.
Keengganan Belanda mengiktiraf Dipo Negara sebagai pemimpin agama Islam di Pulau Jawa.
Kepercayaan penduduk Jawa tentang kemunculan seorang Putera Pembebas atau Ratu Adil.
Keputusan kerajaan Belanda membina jalan raya melintasi tanah milik Dipo Negoro.
iii) Perang Jawa tamat pada tahun 1830 selepas Belanda menangkap Dipo Negoro Beliau telah dibuang ke Menado dan seterusnya Makasar. Beliau meninggal dunia di Makasar pada tahun 1855.
e) Penentangan di Banjarmasin. (1857)
i) Penentangan terhadap Belanda di Banjarmasin tercetus akibat daripada penglibatan pihak Belanda dalam masalah takhta kerajaan Banjarmasin.
ii) Selepas Sultan Adam mangkat pada tahun 1857, Tamjid Ulah cucu Sultan Adam yang mendapat sokongan Belanda telah dilantik sebagai pengganti. Tindakan ini menyebabkan Pangeran Hidayat iaitu saudaranya tidak puas hati. Ini menyebabkan Tamjid Ulah turun daripada takhta kerajaan Banjarmasin.
iii) Belanda bertindak menghapuskan kesultanan Banjarmasin pada tahun1860. Tindakan ini mendapat tindak balas Pangeran Hidayat. Namun begitu Pangeran Hidayat akhirnya menyerah kalah pada Belanda pada tahun 1862.
f) Perang Aceh. (1873)
i) Perang Aceh meletus akibat daripada tindakan Belanda ingin menguasai perdagangan di Aceh.
ii) Pada tahun 1873, angkatan Belanda menyerang Aceh tetapi berjaya dikalahkan oleh angkatan Aceh. Pada tahun 1874, angkatan Belanda berjaya menguasai Istana Aceh.
iii) Perjuanagan menentang Belanda di Aceh berakhir apabila Aceh menyerah kalah pada tahun 1903.
2) Tindak balas di Filipina
a) Pemberontakan Casi. (1807)
i) Pada tahun 1807, kerajaan Sepanyol telah mengharamkan industri membuat casi atau arak di Filipina.
ii) Industri membuat casi atau arak merupakan pekerjaan tradisi masyarakat Filipina yang menghasilkan pendapatan lumayan kepada penduduk Filipina.
iii) Pengharaman industri membuat casi telah menyebabkan tercetusnya pemberontakan casi di wilayah Ilcendia Filipina pada tahun 1807.
b) Pemberontakan Sarat. (1815)
i) Pemberontakan Sarat tercetus akibat daripada tindakan pihak Sepanyol memperkenalkan sistem Polo dan sistem Vandala di Filipina.
ii) Kedua-dua sistem ekonomi ini telah menyebabkan tercetusnya pemberontakan Sarat pada tahun 1815.
c) Pemberontakan Novales. (1823)
i) Pada tahun 1823, pihak tentera Filipina telah memberontak menentang
tentera Sepanyol disebabkan amalan diskriminasi dalam pasukan tentera.
Amalan diskriminasi ini telah menjejaskan imej dan maruah tentera Filipina.
ii) Justeru itu, pasukan tentera Filipina bertindak menyerang Manila dan hampir-hampir menawannya.
d) Pemberontakan Tayabas. (1840-1841)
i) Pemberontakan Tayabas dilakukan oleh Paderi Filipina menentang Paderi Sepanyol disebabkan wujudnya diskriminasi antara Paderi Filipina dengan Paderi Sepanyol di gereja.
ii) Pemberontakan Tayabas dipimpin oleh Appolinario De La Cruz. Pemberontakan meletus antara tahun 1840-1841 tetapi gagal dan De La Cruz telah dibunuh.
e) Dahagi Tagalog. (1871)
i) Dahagi Tagalog merupakan tindak balas tentera bangsa Filipina menentang Sepanyol bagi menuntut persamaan hak.
f) Pemberontakan Cavite. (1872)
i) Pemberontakan Cavite meletus pada bulan Januari 1872 di gudang senjata Cavite.
ii) Pemberontakan ini melibatkan 200 orang tentera Filipina yang diketuai oleh Sarjan Lamadrid untuk menentang pegawai kerajaan Sepanyol. Namun begitu pemberontakan ini dengan mudah sahaja dihapuskan oleh pihak Sepanyol.
g) Gerakan Propaganda. (1882)
i) Gerakan Nasionalisme Filipina berkembang di bawah gerakan Propaganda mulai tahun 1882.
ii) Gerakan ini dipelopori oleh golongan intelektual dan pelajar Filipina yang berada di luar negara terutama Sepanyol. Antara mereka ialah Jose Rizal, Marcelo De Pillar dan Lopez Jeano.
iii) Golongan intelektual dan pelajar Filipina menggunakan penulisan dengan cara menerbitkan novel dan akhbar bagi membantah dasar pemerintahan Sepanyol di Filipina.
iv) Antara novel yang dihasilkan ialah Noli Me Tenggere dan El-Filibuterismo karya Jose Rizal. Sementara akhbar yang diterbitkan oleh mereka ialah La Solidaridad.
v) Novel-novel dan akhbar La Solidaridad serta tulisan lain telah diseludup ke Filipina bagi mambengkaitkan semangat rakyat tempatan bagi menentang pemerintahan Sepanyol.
h) Liga Filipina. (1892)
i) Ditubuhkan oleh Jose Rizal. Tujuan penubuhannya ialah untuk membangkitkan kesedaran nasionalisme dan menitikberatkan kemajuan ekonomi rakyat Filipina.
ii) Liga Filipina telah diharamkan oleh Sepanyol pada 7 Julai 1892. Sementara Jose Rizal telah ditangkap dan dibuang ke Daerah Dapitan di Kepulauan Mindanao.
i) Pemberontakan KATIPUNAN. (1896)
i) Katipunan diasaskan oleh Andress Bonifacio pada bulan Julai 1892. Sebuah pertubuhan bercorak radikal dan revolusiner.
ii) Katipunan bertindak melancarkan pemberontakanbersenjata menentang Sepanyol pada 30hb Ogos 1896. Namun begitu pemberontakan bersenjata Katipunan telah gagal untuk menggulingkan kerajaan Sepanyol di Filipina.
j) Tindak balas terhadap Amerika. (1898)
i) Amerika Syarikat telah bertindak menjajah Filipina selepas Sepanyol menyerah kalah.
ii) Tindakan Amerika Syarikat telah ditentang hebat oleh KATIPUNAN yang dipimpin oleh Aguinaldo.
iii) Pemberontakan ini gagal apabila Amerika Syarikat berjaya menumpaskan Aguinaldo pada tahun 1901. Pada bulan Mac 1901, Aguinaldo telah ditangkap oleh Amerika Syarikat.
C / Kesimpulan
1. Tindak balas masyarakat peribumi di Indonesia dan Filipina telah gagal untuk menggulingkan pemerintahan Sepanyol di Filipina dan Belanda di Indonesia.
2. Sebaliknya tindak balas rakyat Filipina telah menyebabkan Filipina dijajah pula oleh Amerika Syarikat. Sementara penentangan di Indonesia telah mengukuhkan lagi kedudukan Belanda di Indonesia.