Rabu, 8 Februari 2012

Sistem Pembesar di Thailand dan Myanmar

BANDINGKAN SISTEM PEMBESAR DI THAILAND DAN MYNMAR SEBELUM CAMPUR TANGAN BARAT

PENGENALAN
1. Pembesar ialah pegawai kerajaan yang dilantik oleh raja/maharaja untuk memegang jawatan tertentu dan menjalankan tugas dalam bidang kuasa yang diberikan kepadanya.

2. Dalam sIstem pemerintahan beraja di Asia Tenggara, kedudukan pembesar sangat penting. Dari segi hiraki pentadbiran pembesar berada pada kedudukan kedua selepas raja/maharaja.

3. Terdapat pelbagai gelaran tertentu yang diberikan kepada pembesar berdasarkan pangkat dan kedudukannya yang melambangkan ketinggian jawatan seseorang pembesar itu. Begitu juga dengan pembesar di Myanmar dan Thailand, mereka ada hiraki dan peranan masing-masing.

ISI

1. Pembesar Myanmar

a.Di Myanmar, golongaan pembesar dibahagikan berdasarkan pangkat dan kekayaan. Kelompok pembesar bertanggung jawab memastikan pemerintahan kerajaan berjalan dengan baik dan lancar.Mereka menjadi tiang penyokong kerajaan yang penting.

b.Terdapat empat orang pembesar yang paling tinggi tarafnya yang menguasai kerajaan pusat iaitu Wungyi (menteri), Wundauk (Menteri Muda), Atinwun ( Pegawai Istana ) dan pembesar lain.

c.Wungyi dianggap mempunyai taraf yang tertinggi dan dikatakan menjalankan tugas raja. Wungyi akan dibantu oleh menteri-menteri kelas kedua yang dikenali sebagai Wundauk atau menteri muda termasuklah Hlutdaw.

d.Pentadbiran istana juga akan dibantu oleh Hlutdaw, yang bukan hanya meluluskan semua perintah di raja malahan dia masih mempunyai kuasanya sendiri dan membuat keputusan-keputusan bebas yang biasanya akan diperkenan oleh raja

e.Bilangan Atinwun pula seramai empat hingga lapan orang. Mereka bertanggung jawab mengawal dan mengendalikan petugas-petugas istana.Walaupun Atinwun mempunyai darjah yang lebih rendah daripada Wundauk tetapi lebih berkuasa kerana bertugas di istana dan mempunyai hubungan yang rapat dengan raja, ada kalanya mereka mempengaruhi dasar dan perintah raja.Contohnya zaman Thibaw, golongan Atinwun sangat berkuasa sehingga mengambil alih peranan yang sepatutnya dilaksanakan oleh Hlutdaw.

f.Myanmar juga mempunyai pembesar daerah yang berpusat di daerah-daerah tertentu yang dikenali sebagai Myowun (Gabenor),bertanggung jawab terhadap pentadbiran daerah. Mereka melaksanakan tugas-tugas awam dan ketenteraan.

g.Terdapat juga jawatan Ketua Bandar yang dikenali sebagai Myothugyi. Mereka melaksanakan tanggung jawab dan menyelesaikan masalah yang berkaitan kampong atau Bandar mereka.Mereka merupakan perantara antara rakyat dengan raja serta membantu mengekalkan keamanan Negara.Mereka sangat berpengaruh dikalangan rakyat jelata. Pendapatan mereka diperolehi daripada System Myosa iaitu hasil cukai yang dikutip dari kawasan yang terletak di bawah pengaruh masing-masing.

h.Myowun dibantu oleh tuan-tuan tanah yang dikenali sebagai Myosa.Pembesar yang memegang jawatan terendah dalam system pentadbiran daerah ialah Ywa thugyi (Ketua kampung) yang bertanggung jawab untuk memungut cukai dan menjalankan pentadbiran undang-undang

i.Di, Myanmar, golongan bangsawan terdiri daripada keluarga di raja yang memegang jawatan dalam perkhidmatan awam malahan juga ada di antara mereka yang menjadi pengiring raja

2. Pembesar Thailand

a.Di Thailand pembesar turut membentuk satu bahagian penting dalam keseluruhan pemerintahan.Golongan pembesar biasanya terdiri daripada keluarga bangsawan yang digelar Chao dibahagikan kepada beberapa jabatan atau krom. Ketua krom berfungsi sebagai Menteri Kanan kepada raja Thai.

b.Antara jabatan yang paling berprestij ialah Krom Mahattai atau Jabatan Hal Ehwal Pentadbiran Awam, Krom Kalahan atau Jabatan Pertahanan dan Krom Khlang atau Jabatan Kewangan dan Hubungan Luar.

c.Di setiap jabatan terdapat 4 jawatan pembesar yang lebih rendah yang terdiri daripada krom muang (Jabatan ibu kota) Krom Na ( Jabatan Tanah ) yang mengurus hal ehwal tanah, Krom Wang yang mengurus hal istana Krom Khlang.Ketua disetiap jabatan dikenali sebagai Chao.

d.Golongan Chao bertanggung jawab mengutip cukai, menjaga keamanan serta menyelesaikan kes jenayah kecil

e.Putera raja biasanya akan memegang jawatan kanan dalam kerajaan Thailand .Contoh semasa pemerintahan Raja Chulalongkorn;Putera Devawongse menjadi Menteri Luar negeri; Putera Damrong menjadi Menteri Dalam Negeri dan Putera Rabi menjadi menteri keadilan

f.Semasa pemerintahan Raja Pradjadipok, Menteri perang disandang oleh Putera Bovaradej dan Menteri Perdagangan dipegang oleh Putera Purachatra.

g. Pembesar peringkat wilayah terdiri daripada golongan bangsawan yang digelar Khunnang.Jawatan ini dilantik terus oleh raja dan diwarisi turun temurun.

h.Selain melicinkan pentadbiran kerajaan,matlamat mereka ialah menguasai sumber tenaga manusia bagi menjamin kuasa politik, ekonomi dan sosial mereka

C) KESIMPULAN

1. Tidak dapat dinafikan golongan pembesar sangat dihormati oleh masyarakat dahulu. Golongan pembesar memainkan peranan utama dalam politik ekonomi dan sosial.

2. Perluasan kuasa barat di Myanmar dan Thailand turut mempengaruhi kedudukan pembesar. Campur tangan kuasa barat menyebabkan pembesar tempatan hilang kuasa politik dan kedudukan